Latest topics
Most Viewed Topics
Gunners akhirnya lepaskan Fabregas
Page 1 of 1
Gunners akhirnya lepaskan Fabregas
BARCELONA: Usaha Barcelona mendapatkan Cesc Fabregas berakhir kelmarin selepas Arsenal bersetuju dengan permintaan kapten itu dan melepaskannya pulang ke kelab zaman kanak-kanaknya. Juara Eropah itu mengesahkan persetujuan yang dianggar bernilai antara 36 juta dan 40 juta euro (RM153.5 juta hingga RM170.5 juta) itu ketika rehat perlawanan Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid. Perjanjian itu, yang mengakhiri khabar angin sejak tahun lalu, akan memberi peluang buat Fabregas kembali ke kelab yang ditinggalkannya pada 2003 ketika berusia 16 tahun.
“Kami sudah terangkan bahawa kami tidak mahu Cesc berpindah,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
“Namun kami faham hasrat Cesc yang mahu berpindah ke kelab kampung halamannya dan kami terima tawaran Barcelona. Kami berterima kasih kepada Cesc atas sumbangannya kepada Arsenal dan mendoakan kejayaannya pada masa akan datang.”
Fabregas, 24, akan menjalani ujian kesihatan di Camp Nou dan selepas bersetuju dengan beberapa syarat peribadi, dia akan diperkenalkan kepada media.
“Kami dapat bersamanya sekali lagi dalam pasukan tahun ini apabila perlawanan Kelab Piala Dunia dan banyak perlawanan lagi. Kami perlukan lebih banyak pemain dan kami perlukan pemain yang bagus.” kata presiden Barcelona, Sandro Rossell yang gembira dengan perjanjian itu. “Ini ibarat seorang anak yang pulang ke rumah.” – AFP

SoPi JohoR- [Moderator]
- Posts : 85
Points : 196
Reputation : 9
Join date : 2011-08-16
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sat Aug 27, 2011 4:28 pm by zikrikhair
» IMAM ASY-SYATIBI RAHIMAHULLAH (538H - 590H)
Sat Aug 27, 2011 4:26 pm by zikrikhair
» KisahSeorang Imam Dengan Bulu Ayamnya.
Thu Aug 25, 2011 12:04 am by SoPi JohoR
» Aaron Aziz Ditawarkan Berlakon Filem Hollywood
Tue Aug 23, 2011 5:25 am by SoPi JohoR
» Harimau Malaya
Tue Aug 23, 2011 4:55 am by SoPi JohoR
» Penduduk Libya rai kejayaan tewaskan Gaddafi
Tue Aug 23, 2011 4:38 am by SoPi JohoR
» Gambar New York Siang ke Malam dalm satu gambar
Tue Aug 23, 2011 4:34 am by SoPi JohoR
» [Perhatian] Peraturan Section Politik Malaysia
Tue Aug 23, 2011 2:45 am by Admin
» Pekan di celahan batu-Greece
Sun Aug 21, 2011 4:41 pm by SoPi JohoR