fuyoo!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perkembangan Ilmu Qiraat [MUKADDIMAH]

Go down

Perkembangan Ilmu Qiraat [MUKADDIMAH] Empty Perkembangan Ilmu Qiraat [MUKADDIMAH]

Post  zikrikhair Tue Aug 16, 2011 2:55 pm

Assalamualaikum.

Sebagaimana maklum, semenjak dahulu lagi ummat Islam telah sepakat bahawa tidak akan dibaca walau satu huruf pun suatu bacaan (qiraat) itu, dan tidak akan dihukum sebagai sebahagian daripada al-Quran, bahkan tidak akan ditulis di dalam mushaf sehinggalah telah dipastikan ke'tawatur'annya dari satu generasi ke satu generasi.

Apakah itu bacaan yang mencapai taraf tawatur? Yang dimaksudkan ialah suatu bacaan yang diriwayatkan oleh sebilangan manusia sehinggakan mustahil jika bilangan tersebut boleh bersepakat untuk berdusta. Di sana adanya khilaf dari segi bilangan manusia yang boleh dianggap tawatur. Namun ana rasa memadai dahulu ditakrifkan setakat ini.

Timbul pula persoalan. Bagaimana diketahui para sahabat r.a. mencecah bilangan tawatur? Salah satu dalilnya adalah daripada kitab sunnah yang menyebut kepada kita nama-nama sahabat r.a. yang menghafal al-Quran sama ada Muhajirin, Ansar, dan lain-lain.
Antara Muhajirin yang menghafal al-Quran ialah Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibn al-Khaatab, Uthman ibn 'Affan, Ali ibn Abi Talib, Sa'ad ibn Abi Waqas, Thalhah ibn 'Ubaidillah, Abdullah ibn Mas'ud, Huzaifah al-Yamani, Abdullah ibn Umar, Abu Hurairah, Ibn Abbas, Aisyah, Hafsah, dan lain-lain.

Manakala dari kalangan Ansar pula seperti Ubai ibn Ka'ab, Mu'az ibn Jabal, Zaid ibn Thabit, Abu ad-Dardaa, Anas ibn Malik, dan sebagainya.

Para sahabat r.a. ini telah menghafal al-Quran semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Bilangan huffaz (penghafal al-Quran) makin bertambah berlipat kali ganda dan wujud di merata-rata tempat kesan daripada tersebarnya ajaran Islam ke seluruh dunia. Hasilnya, ummat Islam ketika itu amat dahagakan al-Quran dan bersungguh-sungguh dalam mencari guru-guru untuk mempelajari Qiraat (bacaan) al-Quran.

Perlulah diketahui bahawa pada zaman tersebut, al-Quran masih belum dibukukan secara rasmi. Ini kerana kuatnya ingatan para sahabat r.a. dan ketelitian mereka dalam menjaga al-Quran itu sendiri.

Namun zaman terus berubah. Seperti sedia maklum, al-Quran mula ditulis secara meluas pada zaman Saidina 'Uthman r.a. akibat berlakunya fitnah besar kepada ummat Islam semasa pembukaan Armenia dan Azerbaijan. Maka berlakulah pemusatan bacaan al-Quran kepada imam yang dilantik bagi setiap kawasan yang ditentukan bersama mushaf yang sepadan dengan bacaan imam tersebut.

Demikianlah pengenalan ringkas berkenaan perkembangan awal Qiraat.



[Wan Mohd Al Hafiz bin Wan Mustapa]
[cendekiawanalhafiz@gmail.com]
[cendekiawanalhafiz.blogspot.com]


Last edited by zikrikhair on Wed Aug 17, 2011 5:52 pm; edited 3 times in total
zikrikhair
zikrikhair
[Super Moderator]
[Super Moderator]

Posts : 59
Points : 95
Reputation : 2
Join date : 2011-08-16
Age : 38
Location : Tanta, al-Gharbiyyah

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum