fuyoo!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Harga makanan dunia melambung

Go down

Harga makanan dunia melambung Empty Harga makanan dunia melambung

Post  SoPi JohoR Tue Aug 16, 2011 11:20 pm

WASHINGTON 16 Ogos - Harga makanan yang melambung tinggi dan pasaran komoditi yang tidak stabil dilapor mengancam kehidupan penduduk termiskin di dunia, menurut Bank Dunia semalam.

Laporan suku tahunan institusi kewangan itu mendapati harga makanan global bulan lalu meningkat 33 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu, sementara harga minyak naik 45 peratus sekali gus mengakibatkan kenaikan harga baja.

"Kenaikan harga makanan yang berterusan dan bekalan yang kurang menunjukkan kita masih berada dalam zon bahaya, dengan kebanyakan golongan miskin terus terdedah dan tidak mampu berdepan masalah ini.

"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga mengambil kira ketidaktentuan serta keadaan tidak stabil ini. Tiada perlindungan kepada kita dalam perkara ini," kata Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick dalam satu kenyataan.

Menurut laporan Pemantau Harga Makanan bank itu, harga makanan kini hampir menyamai rekod tertinggi pada 2008 dan ia merupakan penyumbang utama kepada masalah kebuluran di negara-negara Afrika.

Jelas Bank Dunia, sejak tiga bulan lalu, seramai 29,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun mati di Somalia dan 600,000 yang lain di rantau itu berisiko kehilangan nyawa dalam krisis yang turut mengancam kehidupan lebih 12 juta penduduk dunia.

"Tidak kira di mana berlaku kenaikan harga makanan, gabungan kemiskinan dan ketidakstabilan boleh mengakibatkan penderitaan dahsyat lebih buruk berbanding yang berlaku di negara-negara Afrika," katanya.

Zoellick berkata, Bank Dunia juga telah menyalurkan sejumlah AS$686 juta (RM2.06 bilion) kepada penduduk negara-negara Afrika bagi menyelamatkan nyawa, memperbaiki perlindungan sosial, menggalakkan pemulihan ekonomi dan daya pemulihan mereka akibat kemarau.

Beliau bagaimanapun berkata, sebanyak AS$1.45 bilion (RM4.35 bilion) dana tambahan diperlukan bagi membantu penduduk terlibat.

Daripada AS$1.03 bilion (RM3.09 bilion) dana, kira-kira AS$870 juta (RM2.6 bilion) telah diperuntukkan untuk usaha kecemasan sementara bakinya disalurkan untuk projek jangka panjang. - AFP
Harga makanan dunia melambung Lu_01.1
Mulmillo (kiri) menutup mata anak lelakinya, Mahmud, berusia dua tahun yang mati akibat kekurangan zat
makanan, beberapa detik semasa gambar ini dirakamkan di hospital Somalia, Mogadishu kelmarin. - afp

SoPi JohoR
[Moderator]
[Moderator]

Posts : 85
Points : 196
Reputation : 9
Join date : 2011-08-16

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum