fuyoo!!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Chong Wei mampu tawan dunia

Go down

Chong Wei mampu tawan dunia Empty Chong Wei mampu tawan dunia

Post  SoPi JohoR Wed Aug 17, 2011 10:30 pm

“PELUANG Chong Wei belum berakhir lagi.” Itu respons Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj.

Meskipun gagal membawa pulang gelaran juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2011, ia bukan bermakna segala-galanya sudah berakhir buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sebaliknya, kegagalan tersebut seharusnya dijadikan pengajaran berguna buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu bagi memperkemaskan semula rentaknya menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Tertutup Wembley, London Ahad lalu, Chong Wei sekali lagi kempunan untuk menggenggam gelaran juara dunia apabila tewas di tangan seteru utamanya, Lin Dan dari China 22-20, 14-21, 21-23.

Bagaimanapun, James Selvaraj mahu Chong Wei segera melupakan kegagalan pada kejohanan dunia itu bagi memberikan tumpuan pula pada Sukan Olimpik 2012.

Bagi James, apa yang perlu dilakukan pemain No. 1 dunia itu ketika ini adalah menanamkan tekad untuk menebus kembali kehampaan tersebut dan sekaligus membalas dendam ke atas Lin Dan di bumi London kelak.

“Nasihat saya kepada Chong Wei, dia perlu kuatkan semula semangatnya.

“Dia perlu tanamkan tekad dalam hati dia bahawa dia akan membalas dendam ke atas Lin Dan yang telah menewaskannya pada perlawanan akhir kejohanan dunia pada Sukan Olimpik nanti.

“Segala-galanya kini terpulang kepada Chong Wei. Jika dia mahu memenangi pingat emas Sukan Olimpik, dia perlu bekerja keras bermula daripada sekarang namun sekiranya dia tidak mahu saya tidak boleh kata apa-apa.

“Saya bersama jurulatih (Rashid Sidek dan Tey Seu Bock) hanya boleh membuat perancangan untuk mempersiapkan dia bagi menghadapi Sukan Olimpik. Selebihnya, ia bergantung kepada Chong Wei sendiri,” kata James ketika dihubugi Kosmo! semalam.

Meskipun mengakui bahawa faktor usia mampu menjadi penghalang buat Chong Wei untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia menyaksikannya memenangi pingat emas di London kelak namun James tetap optimis dengan kualiti serta kemampuan jaguh negara itu.

“Chong Wei akan mencecah usia 30 tahun pada tahun depan dan ini pasti akan menjejaskan tahap kecergasannya.

“Sebab itu, Chong Wei tidak mempunyai pilihan selain menggandakan latihannya dan dia kena berkorban jika mahu memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

“Saya akan bincangkan perkara ini dengan Rashid dan Seu Bock serta ISN (Institut Sukan Negara) bagi merangka kaedah terbaik untuk mengekalkan tahap kecergasan Chong Wei biarpun dia sudah semakin berusia,” jelas James.

SoPi JohoR
[Moderator]
[Moderator]

Posts : 85
Points : 196
Reputation : 9
Join date : 2011-08-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum